boulevard of the broken
D R E A M
ordinary and pale
TOPENG
#1 #2
#3
#4
Topeng #2
► Monday, May 1, 2017 // 5:14 PM
Entah yang hilang itu hati atau keghairahanku,
Kepercayaan itu malah terhadap diri aku sendiri hilang,
Maka sebab itu segalanya terkunci bagiku,
Sudahpun kumiliki kuncinya ibunya pula berkarat.
Segalanya beransur tumpul,
Seperti aku sengaja melihat segala kebolehanku tersia,
Yang terkunci bukan sahaja langkah tetapi akalku,
Maka benarkah aku mensia-siakannya?
Entah aku ibarat apa,
Yang tinggal hanya berani,
Yang lain semua kabur,
Apakah aku diberi hidup semula?
Secara tidak logiknya, adakah aku melalui reinkarnasi?
Dalam hidup aku yang satu ini?
Gila, semestinya ini gila.
Perbualan bersama mindaku menjadikan semuanya makin gila.